Friday, 27 May 2016
Jumaat
Jumaat penghulu segala hari , pelbagai aktiviti yang baik yang boleh kita buat . rasa untung jugak tak ada kelas hari Jumaat macam ni . rasa lapang , banyak keja boleh selesaikan , tu pun tak settel juga , rasa semakin banyak buat semakin bertambah pula kerja tu , mohon cepat habis final . nak balik kampung ni , rindu sangat dah , sambut puasa pun tak balik , sedih , puasa tahun ni jauh dengan family , kalau biasa kat rumah , mak kejutkan sahur , kat sini sapa nak kejut , huhuhu , rindunya Ya Allah , sampaikan rindu ku pada mereka yang ku sayangi , seminggu sebelum raya baru boleh balik , ok , ada tujuh jenis kuih raya yang boleh buat , harap sempatlah , kalau dulu lepas matrik , puasa kat rumah , raya kat rumah , buat kuih raya sendiri , terasa bangga jup , hahaha , mana taknya , laku kut kuih raya tu , tak sampai raya kedua , dah habis , ada yang mintak buat lain , ohhh , tidaklah , jangan diganggu mood raya , nak enjoy ja , tak nak buat keja , pesanan penaja hati , pada hari Jumaat yang penuh barakah ni , marilah kita berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW . moga dengan selawat kita dapat beri syafaat pada kita di akhirat kelak . Pelbagai sunnah yang dapat kita lakukan pada hari Jumaat yang indah ini , antaranya potong kuku , mandi sunat wajib , pakai wangiaan , pakaian yang bersih , selawat , baca surah al-kahfi , manfaat yang kita dapat bila baca surah al-kahfi pada hari Jumaat adalah “Barangsiapa yang membaca surat Al Kahfi pada malam Jum’at, dia akan disinari cahaya antara dia dan Ka’bah.” (HR. Ad Darimi. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini shohih sebagaimana dalam Shohihul Jami’ no. 6471) .
Labels:
BEBAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment