Sunday, 26 June 2016
Rindu
Tetiba malam ni buka blog , terindu pulak nak update , lama tak luah perasaan dalam blog , well , manusia bila ada tak hargai bila tak da baru nak sesali , kk , tak nak cakap banyak , harap sir tak baca :p
Monday, 6 June 2016
Ramadhan
Alhamdulilah Ramadhan tahun ni jatuh pada hari Isnin , 6/6/16 , cantik ja tarikh , moga ramadhan kali ini lebih bermakna dari ramadhan sebelum ni . puasa kali ni boleh sambut dengan family walaupun abah keja , mak dan adik-adik tetap ada , Allah bagi peluang lagi buat baik . Allah bagi peluang lagi buat pahala , bertapa Allah sayangkan kita , tapi , kita hambanya , sia-siakan peluang yang Allah selalu beri , mungkin tiada erti malu dalam diri kita , Allah still bagi peluang , tapi kita tak usaha pun nak berubah menuju redha Allah , nak Allah bagi apa lagi , yang macam mana lagi , tak da rasa syukurkah dalam diri kita walau sekecil zarah , atas segala nikmat yang Allah bagi kat kita , kalaupun tak da rasa syukur , mungkin boleh ada rasa bersalah kut atas segala dosa yang kita lakukan hari-hari . ya , memang manusia tak pernah lari dari kesilapan , tapi , alasan tu sering kita dengar , kita cuba tak ? usaha sungguh-sungguh dari lakukan kesalahan , ataupun sekadar ungkapan manis dibibir kita ni saja , cakap banyak tak guna , bukti dengan perbuatan , contoh kita cakap ,I LOVE ALLAH , bukti kita sayang ALLAH , buatlah segala perintah tinggal segala larangan tu , bukan cakap sayang ja , tapi still buat dosa , tak syukur dengan nikmat pemberian yang Allah dah bagi , maka dengan itu marilah sama-sama kita renungkan kembali , ayuh kejar syurga Allah , Fisabilillah . Allahu Akbar .
Terima kasih
Alhamdulilah kini berakhir sudah subjek aplikasi komputer . tunggu final ja , terima kasih sir , maaf salah silap sepanjang sesi pengajaran dan pembelajaran . banyak yang saya pelajari dalam kelas sir , bukan dari segi akademik malah lebih dari itu , ya dai' Azzwan . hehehee , sir terbaik . tak pernah saya jumpa lecture macam sir , dalam gurauan ada pengajaran , moga terus kekal dengan apa yang sir dah lakukan , maaf kalau ada terdatang lambat masa kelas sir . terkasar bahasa dalam tak sedar . terguris hati tanpa sengaja , kadang manusia tak pernah lari dari kesilapan . sir yang cakapkan , sem depan kalau sir ajar budak ekonomi lagi cakaplah , nak kelas dengar sir lagi , sebelum masuk kelas sir , saya dah dengar macam-macam orang cerita pasai sir , sir itu , sir ini , tapi saya dengar ja , malas nak ambil tau lebih-lebih , masa daftar saya tak tau pun , dapat kelas sir , saya ikut sebijik jadual saf , tu yang boleh jadi belangkas dengan saf sem ni , tapi , jodoh kami kuat , major pun sama , ukhwah fillah tu , harap jodoh till jannah , tak rugi jumpa orang yang macam saf ni , banyak perkara yang saya belajar dari dia , rugi sapa yang tak da peluang berkenalan dengan dia , Alhamdulillah Allah jumpakan kamii ;-)
Noktah
Noktahkan kehilangan ini . Sekadar lirik lagu . Tak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati . last blog , Tema untuk minggu ni . Untuk sem ni untuk tahun ni . Sedih . Sayu , yaka?? Entah . Hahaha . Perasaan berbaur . Suka sedih , gembira kecewa , tak boleh nak tunjuk perasaan tu , hidup ni belum berakhir selagi nafas masih dihembus , kegagalan yang berlaku belum berakhir selagimana usaha itu ada , kelemahan yang hadir akan diganti dengan kekuatan selagi ada yang menyokong dari belakang . Terima kasih kepada yang hadir dan menyokong , memberi kekuatan dengan langsung ataupun tidak . Terima kasih yang singgah lalu pergi . Kerna dengan itu sis banyak belajar erti sebuah kehidupan . Membuatkan diri semakin tabah dalam hadapi apa jua keadaan . Membuat sis bertambah matang dengan pengalaman yang pernah sis lalui , kerna emua yang berlaku mengajar kita erti kesyukuran , semasa kita di atas , jangan lupa pandang orang yang dibawah , jangan lupa kita pun boleh berada di bawah pada bila-bila masa saja . Semasa di bawah pulak , jangan terlalu sedih lama sangat , ingat , kita boleh bangun dan usaha untuk ke atas . Kerna Allah ada bersama kita , Allah dekat dengan hambanya , maka mohonlah pertolongan kepada Allah dalam apa jua keadaan . Salam Ramadhan :)
Subscribe to:
Comments (Atom)