Thursday, 31 March 2016

Cinta

Cinta,
Hati ini berbalik, 
Saat pertama kali bertemu,
Kau umpama satu anugerah yang sangat indah.

Cinta, 
Rupa mu beri ketenangan,
Gelagat mu bermain diingatan,
Senyum mu tiada tandingan.

Tapi,
Hati ini ego,
Hati ini resah, 
Aku gelisah wahai pujaan hati.

Kerna,
Aku kecewa,
Aku terluka,
Dengan cinta lama.

Cinta,
Tika dulu aku sang setia,
Kini aku beralih,
Cinta hanya menghampakan.

Tapi,
Kini kau hadir,
Membawa satu harapan baru,
Mungkin suatu kebahgiaan yang ku damba selama ini.

Cinta,
Tak mungkin kau aku miliki,
Kau terlalu sempurna di mata ku,
Aku hanya insan biasa yang di penuhi duri kelemahan.

Cinta,
Aku hanya mampu meluah di alam maya,
Tak mampu untuk aku berterus terang,
Aku takut dikhianati untuk kesekian kali.

Cinta,
Akan ku cintai mu dalam diam,
Andai kau adalah takdir tertulis untuk kita,
Pasti bertemu jua.

Cinta,
Akan ku ukir nama mu dalam doa, 
Aku disini setia menanti,
Sungguh aku telah mencintai mu "'AABAR'"

Ku pendam rindu ini untuk sang pencinta~








Sibuk

Alhamdulilah , semalam dah selesai Program pertama untuk sem 2 . Program Fiesta Persilangan Budaya . Sebagai Pengarah Teknikal & TTK . tak mudah sebenarnya nak jadi pengarah ni . pelbagai dugaan yang datang . malah benda kecil pun kalau sekali terlepas pandang . Allah . dia punya cuak tu . dah lah teknikal . sekali teknikal buat silap . boleh satu program hancur . Alhamdulilah semalam . walau agak serabut kami cuba semampu mungkin . buat yang terbaik . walaupun sebelum ni antara kami tak da pengalaman . kami dah berjaya jalankan tugas kami sebaik mungkin . terima kasih kepada kedua pembantu setia Sis , Kilah dan Edderis . walaupun gelabah . boleh handle . terbaik lah awak berdua . maaf jugak salah silap sepanjang program berlangsung . manusia . tak kan lari dari kesilapan . tapi kita boleh cuba elakkan . ok fokus untuk next program . "Inspiring Yourself" .yang akan berlangsung pada 29/4/16-1/5/16 . bersama anak yatim Baitul Rahamaniah . program kedua untuk sem nih . sebagai Timbalan Protokol . agak mencabar jugak . Sis cuba yang terbaik . ok untuk program ketiga , makan malam tahun satu . iaitu MAG . Malam Aspriasi Gemilang Kolej Dato Onn pada 18 MEI 2016 . sebagai seketeriat Sambutan . sem satu tahun lepas dah join , KKUKM43 . sebagai seketeriat jamuan . pelbagai pahit manis telah lalui bersama . semua terpahat sebagai kenangan dan pengalaman . then join Bengkel Penulisan Artikel . sebagai timbalan program . walaupun sehari program . ia amat mencabar , last untuk sem lepas . MKOKU . Minggu Kesedaran Orang Kelainan Upaya . sebagai seketeriat Sijil & Cenderamata . pelbagai cabaran di lalui . payah perit . suka duka , Alhamdulilah semalam dah buat majlis penutupan dan beri sumbangan kerusi roda kepada pihak kolej . itu cerita kolej . minggu nih . sibuk , Jumaat Sabtu Ahad tak ada . tak dapat join perkampungan MAG . Jumaat ada ZOOLUNTEER 3.0 anjuran Fakulti Ekonomi & Pengurusan . di Zoo Taiping , Perak .Sabtu nya , Citra Asas Rekreasi . aktiviti abseiling , terakhirnya Ahad nih , "Pesan Kakak Kepada Adik" dengan anak yatim Limpahan Kasih di Puchong , proposal untuk Citra Pengurusan Masa . Sesibuk mana pun kita , ingat , jangan pernah lepas tanggungjawab sebagai Abid & Khalifah .

Nangka

Hai , Nangka tajuk blog minggu ni . semua orang kena pilih satu buah . hahaha . bayangkan dalam banyak-banyak buah yang Allah ciptakan kat dunia ni . ada jugak orang pilih tajuk yang sama . tak pa lah . Sis mengalah . Buah Nangka pilihan hati . tapi memang favorite pun . itu yang tak berat hati nak menulis . bila cerita tentang buah Nangka ni . mak penah cerita dulu masa mengandungkan Sis . mak selalu makan . sampai satu tahap tu . nak sangat makan buah ni . sampai tengah malam pun abah kena carikan . tapi demi anak sulung dia . abah carikan jugak . malam-malam mana nak datang nya buah nih . kedai semua tutup . biasa la kehidupan luar bandar . nak panjat pokok kang . ada jugak yang kena balut kaki . lepas tu kebetulan ada satu kedai buah ni . nasib baik kan . ada rezeki anak nak makan . hehehe . boleh tahan eah perempuan ni kalau mengidam . tak kira masa . tempat dan keadaan . yang dia tau , ada . dan nak . Sis sanggup beli buah Nangka ni walaupun hanya beberapa ulas tapi harga mencecah puluhan ringgit . tak kisah . asalkan boleh makan . tambah pulak buah Nangka madu . Allah . nikmat dia tu . huhuhu . terliur . dengan isi kekuningan nya . manisnya . lembut . *slpppp . . terliur . madu kan manis . Tapi bukan madu lain eah . madu buah . madu lain . hahahah . sensitif sikit . dah itu ja cerita untuk NANGKA . setiap ciptaan Allah ada indah nya .

Wednesday, 23 March 2016

Kehidupan

"Ketika kamu jatuh jangan tetap di bawah , Jatuh bukan bererti kalah , itu hanya bererti kamu harus bangkit , dan kembali mencuba" . itu lah yang di nama kan kehidupan . ada kala kita di atas  terkadang kita di bawah . kehidupan ni persis roda . yang berbentuk bulat dan selalu berputar . ingat lah selalu semasa kita berada di atas . jangan fikir kita tak akan berputar untuk ke bawah . oleh itu , perlu lah kita selalu bersedia menghadapi pelbagai ancaman yang bakal berlaku pada masa depan , yang kita tak terfikir pun hal itu akan berlaku , semasa di atas jangan terlalu selesa dengan kedudukan kita , takala di bawah pulak . tak bererti kita gagal selamanya , bangkit lah dan terus berusaha , kegagalan sebenar nya mengajar kita supaya menjadi kuat , jangan biar kan kegagalan itu menjadi kan kita semakin lemah dan tak berdaya untuk bangun . belajar daripada kegagalan adalah lebih baik belajar dari kejayaan , ini kerna , kita akan sedar perit nya gagal , lalu kita pun berfikir tak akan ulangi kesalahan yang sama . kita juga pelu sabar dalam menghaadapi kehidupan , alangkah rugi nya jika kita biar kan kehidupan menentukan nasib diri , sepatut nya kita yang menentukan kehidupan kita agar menjadi lebih baik . Setiap tindakan yang anda lakukan adalah anak tangga yang akan membawa anda pada pencapaian keberhasilan yang gemilang~



Menilai

Ini bukan teguran tapi sama-sama kita ambil pengajaran . nak menilai seseorang . jangan sampai menghina . membuka aib . tak salah dalam kehidupan kita . kita nak menilai orang . akan tetapi sebelum menilai . patut lah kita nilai diri kita dulu . tanya diri .baik kah aku ? sempurna kah aku ? adakah aku tak pernah berbuat dosa ? sekiranya semua jawapan tu positif . ok . sila menilai orang lain . akan tetapi . sedar diri . kita manusia . tak pernah tak buat silap . tak maksum macam Nabi . so sebelum menilai orang . biar kita kenal orang tu betul-betul . kalau kita tak tau kisah hidup dia . tolong jangan menilai sebarangan . kita tak tau kesusahan , kesedihan yang dia alami . kita hanya menilai dengan mata kasar . kalau betul kita ni ada sikit iman dalam diri tu . sudah pasti kita akan menilai seseorang tu melalui mata hati . dengan menilai sesorang tanpa kita mengenal diri orang itu yang sebenar , kita dah tambah kesedihan dalam diri dia , kita dah tambah beban pada orang tu . di mana hati kita . sanggup lihat orang lain derita atas kebahgiaan kita . hidup atas bumi yang nyata ni . patut lah kita saling membantu bukan menambah beban . sekiranya kita tak mampu beri seseorang tu bahgia . jangan lempar kesedihan pada nya . semoga kita semua diberi Petunjuk Allah untuk selalu muhasabah akan perkara yang kita lakukan sehari-harian~

Lemau

Lemau . minggu sebelum ni lesu , pasrah , minggu ni lemau . terima seadanya .*ceh acah redha . tengok perkataan lemau nih . teringat makanan . sejenis roti . kalau roti tu kita pegang dia . lepas tu rasa macam lembik kan . tu kan orang panggil lemau . tapi Sis orang Kedah ceq panggil roti tu masuk angin .bila cerita kat orang KL . lepa tak paham pun . masuk angin tu bagi lepa tu kembung . hah betul la tu kan . roti tu kembung tu la pasai kami panggil roti tu masuk angin . selalu kena marah dengan roomate . *marah manja . sebab apa ? sebab tak boleh beza roti dan biskut . biasa lah dia orang KL . kalau biskut tu bagi dia . yang macam waffel tu . yang keras . kalau roti pulak . yang lembut tu . alaa . macam bun tu . hat gebu-gebu tu . *lebih kurang la . selalunya dalam bilik stok makanan Sis biskut saja . kebetulan roomate tak suka makan biskut . mula tak tau pun . hari tu sebelum pegi kelas . sarapan lah biskut tu . sambil makan . tanya lah si roomate ni . "nak tak roti". dia punya lah teruja yang teramat sangat cakap "nak" . sebab dia ni memang hantu roti . lepas tu sekali bagi . dia tanya . "mana roti ? ni biskut " Sis jawab . "Ni la roti " . dengan perasaan hampa nya . dia cakap  "alooo , aku tak makan lah " . Sis gelak . hahahhah . dah bagi harapan palsu . kesian dia . lepas kejadian tu . bila Sis tanya dia nak tak roti . dia akan tanya dulu . roti kah biskut . hehhehe . kesian roomate Sis . terpaksa hadap orang Kedah . tak pa . ada hikmah Allah temukan kami . masing-masing boleh belajar loqhat . adat . hehehe . kita kan 1Malaysia~

Sunday, 20 March 2016

Serabut

Tak tau . apa yang serabut sangat akhir-akhir ni . banyak benda yang bermain di fikiran . assigment . program kolej . peribadi . macam-macam hal . bila ada akak usrah ajak pergi daurah . terus cakap boleh . tak fikir dah keja yang tertangguh . mungkin dengan hanya isikan masa dengan ilmu-ilmu agama buat kita lupa dunia kejup . tapi . taktik tu jadi . bila ada ja dalam daurah . terus lupa masalah yang ada . kalau la boleh buka otak ni . tengok macam mana bentuk . rasa tak macam bentuk biasa . tapi dah macam keluk-keluk mikroekonomi kut . yang sampai sekarang tak tau . kenapa jumpa keluk-keluk yang pelik . dan tak faham . tapi sampai bila kita nak fikir serabut tu . tanpa kita selesaikan masalah serabut tu . nak biar . nak tangguh atau nak selesaikan . itu bergantung pada diri sendiri . seorang yang berjaya dalam hidup . dia tak akan biar masalah kawal dia . tapi dia yang kawal masalah tu . contoh tu yang perlu kita ikut kan . bukan terus cakap . ehh . serabut . serabut . serabut . hanya di bibir . tapi . tak ada usaha nak selesaikan serabut tu . kalau kita bijak merancang . mungkin serabut tu tak kan ada dalam diri bukan ? persoalan nya . teratur kah perancangan kita . betul kah kita dah rancang setiap perkara dengan baik . renungan bersama . yang baik kita amalkan . yang buruk kita ambil pengajaran .

Terkilan

Terkilan dengan seseorang yang boleh buat diri ni rasa berdosa . tapi kerna ego . sis tak peduli . bukan nak riak dengan hati yang degil . tak faham . kenapa perlu nak berahsia . tak nak bincang sama-sama . ya mungkin kalau bincang pun keputusan tetap sama . tapi . pandangan orang lain pun perlu kita dengar . tak usah degil hati nak buat keputusan sendiri . sungguh rasa terkilan . bila tak nak bincang sesama . nak berahsia . sampai bila . simpan lah macam mana sekali pun . akhir nanti kalau Allah nak tunjuk . Allah tunjuk jugak . kita tak boleh lari . tapi . apakan daya . diri ni hanya . seseorang yang tak patut mungkin dalam perbincangan ni ? tapi nak marah lama-lama . nak berkecil hati lama-lama . hanya buang masa . benda dah jadi . dah lepas pun . tak boleh nak undur balik . hanya mampu pujuk hati . sedar diri . mungkin ada hikmah setiap yang berlaku . kita tak tau perancangan Allah kan . sis hanya mampu berdoa . agar semua di mudah kan . sis akan terus pura-pura tak tau . tapi . banyak hati yang perlu sis jaga . "Ya Allah . berdosa kah aku dengan perasaan terkilan ni ?" . maaf atas segalanya . hanya manusia biasa yang penuh dengan butir-butir dosa . tak mampu nak buat yang sempurna untuk semua orang~

Thursday, 17 March 2016

Pasrah

Pasrah . sama erti kah dengan redha ?  atau masing-masing membawa maksud tersendiri . setiap perkataan mempunyai makna tersurat dan tersirat dengan sendiri nya . kalau nak bercerita tentang pasrah . banyak benda yang boleh kita kupas kan sedalama nya . tapi sis just nak share tentang pasrah yang dekat dengan kita .  macam kehidupan begitu lah lebih kurang . contoh cerita . pasrah dengan kehidupan kita sehari-harian . pasrah bukan bermakna kita menyerah tanpa usaha . pasrah ni . setelah kita berusaha bersungguh-sungguh . lepas tu kita kembali kepada pencipta . berdoa . dan pasrah apa jua hasil dari usaha kita tu . Hadir seseorang dalam hidup kita . kadang dia membawa bahgia . kadang  dia bagi kita derita . tapi . bila kita lihat dengan mata hati . kita renung balik sebalik kehadiran dia . sebenarnya . Allah nak ajar sesuatu benda . nak bagi kita pengajaran . tak bermakna Allah bagi ujian .Allah tak sayang . tapi Allah sayang hamba nya yang bertakwa . yang berserah . mungin Allah cakap dia bukan baik untuk kita . sebub tu . Allah uji kita dengan hadir kan diri nya . buat kita terluka . tapi . terluka bagi sis . sangat pedih . mungkin sampai bila-bila pun masih terluka . tapi . kalau sis terus terluka . bermakna sis terluka dengan ujian yang Allah bagi . dengan tu . sis pasrah . ya . Pasrah dengan ketentuan Allah . segala yang Allah aturkan ada kebaikan nya . Allah tak kan berlaku zalim kepada hamba nya . kita ja yang selalu zalim dengan Pencipta . sedar kah kita hanya hamba . untuk itu pasrah lah . itu tak bermakna kita berserah tanpa apa-apa usaha . .

Monday, 14 March 2016

Ketahui

"Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu , padahal itu baik bagi mu , dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu , padahal ia tidak baik bagi mu , Allah mengetahui sedangkan kamu tak ketahui " . Surah Al-Baqarah ayat 216 . Dalam kehidupan kita mesti ada yang pernah alami bukan ? Kita rasa suatu benda tu sangat lah baik bagi kita . walhal kita tak tau pun itu adalah buruk bagi kita . Misalnya , Dalam kehidupan kita . Allah hadir kan seseorang . dan orang tu sangat lah memyakitkan hati kita . dan kita merasa benci kepada nya . Tapi , satu hari tu . kita dalam kesusahan . dan Allah hantar orang yang kita benci tu untuk membantu kita . apa perasaan kita saat itu . malu bukan . sebelum ni kita benci dia sebenci nya . Allah Maha Mengetahui apa yang tidak kita Ketahui . selalu jugak kan kita dengar . Jangan terlalu benci nanti sayang yang hadir . Dan jangan terlalu sayang . Benci yang datang . Kita tak tahu apa terjadi pada masa hadapan . dan pengharapan itu sebaik nya di letak kan hanya kepada Allah Yang Satu . letak harapan kepada manusia . tak kan jamin kebahgian . malah derita yang datang . Dalam bercinta . biar lah cinta itu cinta yang Sejati . iaitu Cinta Ilahi . kerna cinta manusia . manusia kan pergi . cinta bunga . bunga kan layu . tapi Tidak . Cinta Allah . Cinta yang abadi .

Wednesday, 9 March 2016

Tarbiah

Tarbiah . mungkin ada yang pernah dengar bukan ? kini , semakin banyak tajuk-tajuk buku berkaitan tarbiah . misalnya . tarbiah sentap . tarbiah basah . dan yang paling comel yang pernah sis dengar coklat tarbiah . comel bukan tajuk dia . ya secomel  ilmu yang di sampai kan oleh penulis kepada pembaca . bagi sis . bila kita baca buku-buku macam ni . sebenarnya secara tak langsung , akan tersentap hati kita untuk bertambah iman di dada yang kadang kala kelaut . iman kita sebagai manusia ada naik turun nya . tak tetap . susah kan nak jaga iman . mungkin mudah bagi sesiapa yang dalam hati nya hanya ada pencipta . sini sis nak share sikit pasal tarbiah ni . sis ada baca buku coklat tarbiah yang di tulis oleh Aiman Banna . sapa tak kenal . nampak sangat tak ikut perkembangan semasa . sedangkan isu-isu lain boleh kita ikut . kenapa susah sangat nak ambil tahu soal agama kita . islam itu mudah . jangan susahkan . ok . nak share apa yang sis baca . antaranya . tulisan takdir Allah . ada di antara kita semua ni . sudah pasti ada yang peminat setia novel romantik kan . dan bila baca novel tu . kita akan terbayang kan kita dalam watak tu . dalam hati mesti terdetik . best nya kalau hidup ni sama macam kisah novel . sempurna , seronok dan bahgia . tapi . novel tu kan tulisan manusia . kenapa kita nak hidup macam dalam novel tu . sebab takdir kita tulisan Allah . renungan bersama ya . moga ambil ibrah . kadang tarbiah itu perlu sebagai makanan hati kita yang selalu alpa .

Lesu

Lesu atau sinonim nya dengan lemah . selalu di kait dengan diri kita apabila terasa sangat penat . tapi penah tak terfikir lesu yang lebih membawa jiwa kita kembali kepada Allah . Lesu tentang agama . lemah tentang isu-isu islam . kita sebagai khalifah perlu tahu tanggungjawab yang sepatutnya kita laksanakan . Allah berfirman dalam surah al-baqarah ayat 30 maksudnya :Dan (ingatlah) tatkala Tuhan engkau berkata kepada malaikat : Sesungguhnya Aku hendak menjadikan di bumi seorang khalifah . Berkata mereka : Apakah engkau hendak menjadikan padanya orang yang merusakan di dalam nya dan menumpahkan darah , padahal kami bertasbih dengan memuji engkau dan memuliakan engkau ? Dia berkata : Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang tidak kamu ketahui . bertapa indah nya setiap kejadian Allah . manusia adalah sebaik-baik makhluk . untuk membuktikan kita benar-benar berpegang teguh dengan agama Allah . ayuh lah kita laksanakan tanggungjawab kita sebagai khalifah . janganlah kita menjadi islam yang lesu . kerna islam adalah agama yang indah . Allah tak akan ciptakan sesuatu dengan sia-sia melainkan ada tujuan nya .

Monday, 7 March 2016

Perjalanan

Bermula dengan tadika . masa umur enam tahun . dah lupa tadika tu nama apa . *bukan lupa cuma tak ingat saja . masuk sekolah rendah . Sekolah Kebangsaan Dato Sri Syed Ahmad . enam tahun kat sana , banyak ilmu , pengalaman yang dapat sis pelajari . kenangan banyak kat sana . masa sekolah rendah dulu tak ingat apa . main banyak . tak serius . then ambil UPSR . keputusan . hahah . berbaloi dengan usaha . sis di kenal sebagai Cekwa . sorang pengawas sekolah . tapi . tak disiplin pun . habis enam tahun kat situ . mula jejak alam baru . iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam . kenapa Ayer Hitam . bukan Ayer Putih . Sis pun tak tau sejarah tempat tu . so . jangan tanya kenapa . lima tahun kat sana . banyak dugaan . pelbagai halangan . perit . duka . suka . tertawa . tapi semua dah jadi kenangan . masa PMR . target bukan main tinggi . tapi . result . setengah dari subjek yang ambil . namun begitu . sis syukur . Alhamdulilah . lepas tu . acah gigih nak buat betul masa SPM . dugaan cinta monyet . terjebak . haha . ok . kenangan . past is past . Allah tak kan bagi satu ujian tu sia-sia . ada hikmah semua tu . setelah lalui suka duka . pahit manis . result SPM . ok . Sis selalu syukur dengan rezeki Allah bagi .setengah jugak dari subjek . mungkin hidup sis pun setengah agaknya . sebelum ke puncak menara gading . sis dapat tawaran matrikulasi . Kolej Matrikulasi Pulau Pinang menjadi pilihan . kat situ . baru rasa dapat pakai baju warna-warni . sebelum nih . baju putih . tudung putih . kasut putih . nasib kain tak putih . kalau tak . hahaha . alamatnya . merasa lah jadi mayat bergerak . KMPP . kat situ kenal banyak manusia . pelbagai ragam . kat situ juga belajar tentang cabaran hidup sebelum masuk u . pahit manis . tetap ada . kalau tak . tak la ada kan orang cakap pahit manis kehidupan . still bawak watak yang sama . nama panggilan masih Cekwa . perangai tak ubah persis anak kecil yang tak fikir masa depan . Alhamdulilah sekali lagi . result matrik memuaskan . walaupun ada yang cakap matrik life nih susah . nak kena belajar gigih . sebab setahun je .tido tak culup . betul ke ? tak sebenarnya . sis tido jugak . seperti hari biasa . tak da la sampai tak sempat mandi . tak sempat makan . tak tau la kalau ada yang macam tu . then sis jejak ke Universiti Kebangsaan Malaysia . gah bukan . mak abah dah senyum bila tau dapat masuk . bangga mungkin . anak first jejak u . terima kasih jugak untuk mak abah . tanpa mereka sis tak kan berjaya hingga sekarang . UKM . Universiti Keluar Masuk . betul ke . mungkin . sebab tu sis selalu keluar . mungkin . tak tahan nafsu nak jenjalan . bukan senang nak dapat peluang tu . time ni lah nak kena grab betul-betul . dah tahun 1 sem 2 kat sini . kejup ja rasa . memori terindah belum tercipta . insyaAllah . sebelum keluar . akan sis cipta yang terindah . sapa tau ? dengan watak baru Sis Wawa . moga-moga lebih matang . sebub dah 20 tahun . apa yang lepas ambil sebagai pengajaran . belajar dari kesilapan .

Friday, 4 March 2016

4/3/16

Happy born day Sis Wawa . 4/3/1996 . Sis  dilahirkan oleh mak . First time jejak bumi . Dah masuk 20 pada 2016 . Masa nak jadi serius . Dalam semua hal . Sis tak mintak apa pun untuk hari istimewa ni . Cukup mak abah masih ada di sisi . Biar lah tak da kesayangan nak wish . Tapi mak abah lebih penting . Mereka segalanya bagi Sis . Semangat dunia hingga akhirat . Bukan tak penah bercinta . Tapi . Terkandas . Mungkin bukan jodoh Sis dengan dia . Allah lebih tau apa yang kita tak tau . Sis ikhlas . Rindu . Nak balik kampung . Sambut sesama dengan family . Tapi . So k . Sis kuat . Dapat ucapan dari mak abah dah cukup buat Sis senyum dan ketawa . Sis janji dengan diri . Bila dah masuk 20 ni . Tak mau dah main-main . Cukup dulu buang masa dengan benda yang lagha . Bukan nak cakap baik . Tapi . Usaha menjadi baik . Sis juga manusia yang tak lari daripada dosa . Dah . untuk hari ni . Last , terima kasih mak lahirkan kak kat dunia . Jasa mak abah tak kan kak lupakan . . Sayang mak abah . #CintaHatiAbah~

Thursday, 3 March 2016

Aku



Bila Sis update moment wechat . Dapat tajuk blog AKU . Ada tak perkataan yang boleh akronim kan dengan perkataan tu . Seminit lepas tu . BFF komen . Akan Ku Usahakan katanya . Merenung kejap di jendela . Sis terima tajuk tu seadanya . Cuba pikir nak tulis apa . Pikir punya pikir . Idea tak mai-mai . Dah dua hari pikiaq biaq hiang . Tapi malam ni usaha jugak . Sado kan hati tulis . Bila terpikir ayat Akan Ku Usahakan . Tetiba teringat mak abah kat kampung . Besar harapan mak abah bila dapat tau Sis dapat UKM lepas matrik dulu . Terpancar wajah kebahgiaan mereka . Senyuman yang tak pernah hilang dalam ingatan . Abah selalu tanya bila balik cuti sem . "Kak nak kerja apa lepas keluar U nanti" . Sis hanya balas dengan senyuman . Bila abah dah tanya . Mean , abah sangat berharap kat Sis . Tapi , nak capai cita-cita sebagai seorang tenaga pengajar . Tak mudah sebenar nya . Tapi apa pun Akan Ku Usaha kan demi mak abah . Demi adik-adik . Tanggungjawab anak sulung . Teramat berat bagi Sis . Tapi Sis cuba jadi yang terbaik , beri contoh yang berguna kepada adik-adik yang sedang membesar . Sis tak nak adik-adik ikut perangai yang tak elok . Cukup lah nak bagi adik-adik semangat belajar . Nak ajar bahwa nak senang sebenarnya bukan senang . Tak susah jugak sebenarnya nak susah . Bila Allah bagi peluang sambung belajar . Usaha nak belajar sungguh-sungguh tu ada .Tapi , pengaruh sekitar . Kalau betul tak kuat hati tak kuat iman . Kecundang jua akhirnya . Mak abah 'Kak janji akan kekal kan senyuman di wajah kalian , Akan Ku Usahakan . Andai diri ini tak dapat berjasa kepada kalian .Tetap ada adik-adik untuk kalian harapkan . Maafkan segala salah silap selama ini . Terima Kasih .